Blog

Majlis Iftar Jama’ei Perdana 2024 Malaysia & Indonesia

Alhamdulillah, tanggal 28 Mac 2024 bersamaan 17 Ramadan 1445H telah selesai Majlis Iftar Jama’ie Perdana TDC Care bertempat di Wisma TDC, TDC Indonesia, TDC Kota Bharu dan premis-premis Master Dealer.

Majlis Iftar Jama’ie adalah majlis berbuka puasa bersama golongan yang memerlukan yang diadakan secara serentak di 14 tempat termasuk di HQ TDC Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah lebih kurang 2000 penerima manfaat, rakan strategik TDC Care & ahli keluarga mereka telah diraikan pada majlis tersebut.

Terima kasih kepada tetamu jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis iftar di Wisma TDC. Terima kasih kepada rakan strategik TDC Care, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) kerana sudi bekerjasama dan membawa food truck Free Meals on Wheels untuk membantu agihan makanan.

Terima kasih juga kepada 11 orang Master Dealer yang membantu menyempurnakan majlis ini di premis masing-masing, serta sumbangan yang diberikan. Semoga Allah membalas anda semua dengan ganjaran kebaikan yang banyak.

Terima kasih sekali lagi kepada penyumbang-penyumbang Tabung Infaq Ihya’ Ramadan. Semoga sumbangan ini menjadi penyuci buat anda sekeluarga, serta didoakan semua penyumbang di beri kelancaran rezeki oleh Allah SWT. Alhamdulillah

 

Together We Are Strong!

#TDCHeart #TDCCare #TdcForYou #RightNutritionPowerfulImmunity #TogetherWeAreStrong